Want your
own Fotopage?








 
I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Oct-2008 09:56 Email | Share | Bookmark
KERBAU KUBANG DAN LUMPUR

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kerbau dah jarang2 kelihatan.Zaman dahulu tanah sawah dibajak dan disisir pakai kerbau. Mengangkut padi pun pakai anuk ditarik oleh kerbau. Sekarang dah ada traktor, dah ada jentuai dan dah ada lori. Kerbau boleh relax

Susu kerbau juga sedap dimakan dengan pulut. Mengikut kajian susu kerbau lebih berkhasiat dari susu lembu.
"58% more calcium than cows milk!
40% more protein than cows milk!
43% less cholesterol than cows milk!"

Bila ada majlis perkahwinan kerbau jugalah mengorbankan diri untuk dikorbankan.Ini tak termasuk majlis korban.

Kepala kerbau beserta tanduk kadang2 kelihatan dilekatkan kepada tiang rumah untuk menyangkut baju.

Tanduk juga digunakan untuk membuat bekam atau membuang darah kotor dari kepala dan lain2 bahagian badan.

Kerbau suka berkubang dalam lumpur.Satu bentuk theraphy yang kerbau sendiri sahaja yang tahu.Dikawasan2 tertentu sekarang pun ada manusia juga turut ikut mandi lumpur .

Saya terserempak dengan sekumpulan kerbau dalam perjalanan ke Tebing Tinggi Selama. Apalagi kamera compact yang terselit dipinggang pun dikeluarkan. Nostalgia lama terbit kembali . Kerbau2 pun macam faham dan memberikan pos-pos yang menarik dan camera friendly







Peribahasa Melayu:
Mandi kerbau
Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik
Kerbau dipegang pada tali manusia dipegang pada janji
Seperti kerbau dicucuk hidung
Emas berpeti, kerbau berkandang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net