Want your
own Fotopage?








 
I SEE I SNAP I SHARE

By: PEMANCING IKAN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Apr-2008 00:06 Email | Share | Bookmark
PEMELIHARAAN LANDAK

 
 
 
ARTIKEL MENARIK DIPETIK DARI BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dimensi/20080413012107/Article
A SPECIAL DEDICATION TO PENDUDUK KAMPUNG LANDAK, BALING KEDAH.
ADA LAGI KE TEMPAT YANG ADA NAMA LANDAK ?????

Lauk landak
Oleh Siti Nur Almizan Aripin dan Mohd Amin Jalil
snur@nstp.com.my

Landak raya diternak secara komersial - Spesies yang semakin pupus ini mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara

DAGINGNYA lembut, tidak mengandungi lemak dan tidak berserat serta khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik menyebabkan landak menjadi antara makanan pilihan.

Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang. Mungkin kerana isinya yang lembut walau hanya di salai apatah lagi di masak lemak atau dibuat sup.

Bagaimanapun kesukaran mendapatkan bekalan daging landak disebabkan populasinya yang hampir pupus dan ditambah tergolong dalam spesies haiwan buruan yang dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1972 (Akta 76/72) menyebabkan pihak berwajib mula mencari alternatif untuk membiakkan ternakan itu.

Berikutan itu, projek penternakan komersial landak raya secara usaha sama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan orang awam sejak 2005 menggunakan teknologi moden dijangka dapat membantu meningkatkan bekalan daging landak.

MENTERNAK landak untuk tujuan komersial kedengaran janggal. Namun bagi yang pernah merasai keenakan daging haiwan yang semakin diancam kepupusan itu, usaha penternakan komersial landak raya atau Hystrix Brachyura pastinya memberi khabar gembira kepada mereka.

Projek penternakan komersial landak raya diusahakan secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan orang awam sejak 2005. Melalui program itu, beberapa aspek aplikasi bioteknologi dikaji.

Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan dan skop genetik molekul tapi nilai tambah lain juga dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari selain kepentingan konservasi spesies.

Usaha dilakukan pihak terbabit mampu memberi impak besar pada bilangan populasi hidupan liar dalam kurungan melalui sistem pembiakan teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini.

Penternak landak raya di Banting, Selangor yang mempelopori penternakan landak raya secara komersial bersama Perhilitan, Tukiran Dalimi, 45, berkata landak raya mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara.

“Bagaimanapun, sayang sekali populasi landak di negara ini semakin terancam dan berkurangan disebabkan pemburuan haram juga pembangunan,” katanya yang sudah hampir tiga tahun menternak landak raya.

Tukiran mendapat kebenaran Perhilitan untuk memburu serta membiak haiwan yang dilindungi sepenuhnya Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1972 (Akta 76/72).

Akta berkenaan diwujudkan bagi melindungi hidupan liar tempatan dan hidupan liar yang tersenarai dalam Konvensyen CITES. Landak raya adalah spesies hidupan liar yang dilindungi dalam senarai Jadual Dua Bahagian II - Binatang Perburuan.

Segala aktiviti yang membabitkan hidupan yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya tanpa lesen atau permit khas adalah menjadi satu kesalahan serta boleh dikenakan denda atau dipenjara.

“Saya mendapat lesen dari Perhilitan untuk memburu 100 ekor landak raya liar bagi tujuan pembiakan bagaimanapun sebelum memulakan projek ini tiga tahun lalu, hanya lima ekor landak liar saya buru untuk dijadikan baka.

“Seekor landak jantan dan empat betina yang saya dapat dari kawasan belukar berhampiran Litar F1 Sepang itulah permulaannya dan sehingga kini saya mempunyai kira-kira 40 ekor landak raya berusia dari dua tahun hingga sehari,” katanya leka membelai landak peliharaannya yang manja dan kenal tuan.

Menceritakan idea untuk menternak landak raya, Tukiran berkata, usaha itu bertitik tolak daripada kekecewaannya terhadap penternakan lembu dan kambing.

“Ketika itu saya membela lembu dan kambing tapi binatang itu memberi banyak masalah malah menjaganya juga sedikit leceh. Sudah diberi makan yang cukup pun masih masuk ke kawasan orang membuat kacau.

“Lama memikirkan apa boleh menggantikan lembu dan kambing, saya terfikir mengenai daging landak yang turut mendapat permintaan tinggi lalu idea itu saya usulkan pada Perhilitan,” katanya yang kini mampu berbangga dengan tiga generasi landak yang diternaknya.

Ladang landak raya milik Tukiran di Kampung Labuhan Dagang, Banting, Selangor dipagar tinggi bagi mengelakkan diceroboh pihak luar. Manakala landak pula ditempatkan di dalam kandang berjeriji besi.

“Tujuan pagar itu dibuat bagi mengelakkan kanak-kanak bermain dengan landak berkenaan. Apa yang dirisaukan apabila diganggu, landak boleh melepaskan durinya yang berbisa sehingga jarak 0.6 meter. Ia mungkin boleh mendatangkan kecederaan atau maut.

“Sifat landak juga berpuak-puak, apabila bertembung dengan landak dari kumpulan lain, mereka akan bergaduh. Kekuatan mereka di luar jangkaan. Malah, kandang besi juga mampu dipecahkan jika bergaduh,” katanya.

Kata Tukiran, melalui program usaha sama Pembiakan Komersial Landak Raya bersama Perhilitan, setiap penternak yang berminat perlu mendapatkan kebenaran Perhilitan. Jabatan berkenaan akan bertanggungjawab memberi sokongan dari segi khidmat nasihat mengenai pemakanan, sifat dan kawasan kandang yang sesuai untuk landak peliharaan.

Landak raya peliharaan Tukiran diberi makan daun ubi, daun betik muda dan buah kelapa sawit dari pokok sawit sekitar kawasan ladangnya. Sesekali makanan landak disulam dengan dedak, vitamin dan garam mineral yang disarankan Perhilitan bagi membekalkan nutrien yang cukup untuk tumbesaran landak.

Tukiran berkata, keistimewaan daging landak adalah pada dagingnya yang lembut, tidak mengandungi lemak dan tidak banyak serat. Dagingnya juga enak jika disalai, dimasak rendang, sup atau kari walaupun dagingnya mempunyai rasa dan bau yang sedikit menyengat dengan warna yang sedikit pucat.

“Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia. Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka,” katanya.

Ketika kecil dulu duri landak turut berguna sebagai penunjuk ketika kelas mengaji. Ada juga sebilangan masyarakat yang mempunyai kepercayaan karut dengan membalut duri landak di dalam kain kafan sebagai penolak bala. Ada juga yang mengaitkan amalan memakan ekor landak mampu meningkatkan tenaga batin.

Tukiran bagaimanapun menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan amalan memakan daging landak sebagai ubat atau tonik untuk meningkatkan fungsi seksual atau kepercayaan lain.

Tukiran berkata, penternakan landak mempunyai potensi untuk dikembangkan iaitu sebagai alternatif untuk daging lembu atau kambing. Tapi beliau lebih selesa menjadi pembiak dan pembekal baka landak raya untuk pengusaha yang berminat.

Di pasaran, daging landak raya boleh mencecah sehingga RM70 sekilo malah seekor landak raya hidup boleh dibeli dengan harga RM1,000 seekor manakala harga sepasang landak raya adalah RM3,500 bergantung pada saiz dan umur.

Tukiran mensasarkan untuk mewujudkan lima francais penternak landak raya sebelum memasarkan daging landak di pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Kini saya ada kira-kira 40 ekor landak raya yang sesuai disembelih bagi mendapatkan daging, malah permintaan dari pembekal daging dan orang ramai juga sangat banyak.

“Tapi saya agak keberatan untuk menjual daging. Ketika ini saya lebih berminat untuk menjadi pembekal baka landak raya untuk sesiapa yang berminat memulakan penternakan landak,” katanya.

Sementara itu di Seremban; hanya sebuah restoran menyediakan masakan daging landak, bagaimanapun hidangan itu bukannya pada setiap hari kerana ia bergantung kepada bekalan daging yang diperoleh dari Johor.

Restoran Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd atau dikenali sebagai Restoran Nelayan, yang beroperasi sejak 20 tahun lalu di Jalan Za`ba, menyediakan daging landak masak lemak cili api dan masak halia dicampur kicap.

Pemiliknya, Abd Hadi Othman, berkata harga yang dikenakan RM10 bagi satu senduk tetapi masalah yang sering dihadapi ialah bekalan tidak mencukupi.

"Penggemar masakan landak bukan saja dari negeri ini malah dari Kuala Lumpur dan Melaka dan ada kalangan mereka adalah pelanggan tetap," katanya.

INFO: Landak
Dikenali juga sebagai porcupine, terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’.

Seekor landak matang disembelih ketika usia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira lapan kilogram (kg) daging. Panjang landak biasanya antara 63 hingga 80 sentimeter dengan berat antara lima kilogram (kg) hingga 20 kg.

Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak raya mampu membiak sehingga dua kali setahun. Haiwan bertulang belakang (vertebrata) ini melahirkan dan menyusukan anak mereka.

Landak raya mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai “duri cangkut seni” boleh mencangkuk tubuh pemangsa yang cuba menyerangnya.

Landak raya liar mampu hidup 12 hingga 15 tahun, sementara landak yang dipelihara pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.




TUKIRAN dibantu keluarganya menguruskan ternakan landak melalui program kerjasama ternakan landak raya Jabatan Perhilitan, Institut Agro Bioteknologi dan Tukiran Enterprise di Kampung Labohan Dagang.

Quote:
UNTUK MAKLUMAN
Pemancing Ikan tidak memelihara landak. Gambar2 dan artikel ini adalah dipetik dari Berita Harian yang ditulis oleh
Siti Nur Almizan Aripin dan Mohd Amin Jalil
snur@nstp.com.my


tak pernah kena tembak dek landak ke En. Tukiran ni yek ?? . Saya pernah makan daging landak masa kawan bawak waktu di hostel dulu. Rasa dagingnya agak kesat bila masuk ke tekak. Bayang2kanlah cemana rasanya he..he..

**terima kasih lawat FP saya. **
Tue 15-Apr-2008 07:38
Posted by:yatie  - [Link]
saya tak sanggup nak makan, sebab saya rasa dia mcm kucing....saya tak gamak... Tue 15-Apr-2008 09:09
Posted by:maylique
Oooo, kat Msia pun dah start trend makan landak yer, tahun lepas ada tgk kat Tv Indonesia, kat sana, mereka ada sate landak. Tue 15-Apr-2008 12:21
Posted by:Halamanku  - [Link]
Saya mmg berminat untuk memelihara landak sejak dari dulu lg. Tapi malangnya permohonan saya untuk mendapatkan permit memelihara ditolak oleh perhilitan Seremban. Alasan yang diberi "biarlah landak terus hidup di hutan". Ini amat mengecewakan saya. Boleh saudara bantu saya untuk mendapatkan permit ini. Fri 2-May-2008 13:34
Posted by:Sabrin
Saya mmg berminat untuk memelihara landak sejak dari dulu lg. Tapi malangnya permohonan saya untuk mendapatkan permit memelihara ditolak oleh perhilitan Seremban. Alasan yang diberi "biarlah landak terus hidup di hutan". Ini amat mengecewakan saya. Boleh saudara bantu saya untuk mendapatkan permit ini. Fri 2-May-2008 13:34
Posted by:Sabrin
salam wak.. mana alamat rumah wak ni? saya nak datang melawat,, boleh ke? kata orang hempedu landak boleh buat ubat? betul ke? anak saya ada asma, orang tua kata hempedu landak boleh buat ubat..tq Sat 10-May-2008 04:49
Posted by:sabihin
sy sedang bt kajian mgenai ternak landak ni.
boleh sy dapatkan alamat pihak tuan ini bg memudahkan kami untuk membuat lawatan dan juga untuk mengetahui lebih mendalam mengenai ternak landak ini.
Tue 15-Jul-2008 10:07
Posted by: NOR HAPIZAH BINTI OTHMAN
daging landak memang sedap ,tapi daging kijang selaput lagi sedap..,burung punai laut (hijau) masak rendang minang...cerita pun tak guna...tu belum burung kelasu lagi..pegrh..,sesiapa disini boleh ternak kijang..tentu lumayan..hai cik norpizah ternak kijang la lagi bagus... Thu 11-Sep-2008 04:38
Posted by:badrul (man vs wild)
saya pun nak ternak landak,ni no tel-0122268793 Sat 20-Jun-2009 02:16
Posted by:mohd helmi bin harun  - [Link]
twun raya cina ni saya nak dtang sne...nak intbiuw kit bley ..ptengahan twun dpan nak join gak biznez niey Tue 29-Sep-2009 10:16
Posted by:b0s_xman
twun raya cina ni saya nak dtang sne...nak intbiuw kit bley ..ptengahan twun dpan nak join gak biznez niey Tue 29-Sep-2009 10:17
Posted by:b0s_xman
aq penah makan bewak masak asam pedas...pehzzz sdap gler ...adw sesapey nak join aq x..aq nak ternak bewak niy..tempoh matang stwun jah..j0m..j0m.. Tue 29-Sep-2009 10:24
Posted by:sukkeysupian
Salam. Wak naka tau alamat. tolong emailkan. T.kasih. InsyAllah Ada masa saya datang melawat.. Thu 14-Jan-2010 00:10
Posted by:sungaibalai
helo abang blh kah beri tau alamant u ,i minat tenak landak bolah ajar ?atau telephone numbor . Mon 1-Feb-2010 04:46
Posted by:helo ,leong here
Saya berminat untuk membeli dan menjual daging landak di kedai saya. ramai pelanggan saya yang bertanyakan daging landak tapi sampai sekarang masih belum ada pembelak, jadi saya amat berharap agar tuan dapat membekal daging landak kepada saya. boleh hubungi saya di no 0193460006 atau sila lawati www.kfmeatshop.com.my untuk maklumat lanjut. terima kasih Sun 21-Mar-2010 02:59
Posted by:Rosman
askm....kabare wak.ade ape2 cerita best.lama saya tak contact.bukan ape...dok menunggu dan tunggu,khabar dari perhilitan jb,tapi takde khabar yang diharapkan. Mon 17-May-2010 14:44
Posted by:jalal@jb.kluang
A'kum,boleh minta alamak hendak dtg melawat dan menimba ilmu tentang pemiliharaan landak.Tolong email alamat dan nombor telefon ke syideenh@gmail.com Sun 6-Jun-2010 18:43
Posted by:Shaiful
landak boleh mkn?? huhu.. cmna rasanya..huhu.. Sat 26-Jun-2010 08:17
Posted by:iman
http://www.coachoutletmalls.com Coach outlet
http://www.coachoutletmalls.com coach bags outlet
http://www.guccihandbagsoutlet.com gucci handbags outlet
Wed 30-Jun-2010 08:38
Posted by:coach outlet store  - [Link]
Wak, sya minat nak dapat francais landak tu, boleh bgi further information ,landak in consider exotic food ..kaw punya. tlg anta ke email sya. asriras@gmail.com .ok wak Mon 20-Sep-2010 22:36
Posted by:masri
Blh dptkan alamat? Jika ada kesempatan sy mungkin akan ke sana. Blh email detail pada saya. Sat 9-Oct-2010 04:17
Posted by:Sufi
Salam. Saya sedang mencari induk landak untuk pembiakan. tolong sertakan no telefon, alamat email dan alamat ladang. no h/p saya: 013 200 3128 / 017 827 8607 Fri 21-Jan-2011 12:31
Posted by:hilmi
berminat untuk landak untuk tujuan menternak atau pun menjadi franchais. sila hubungi jika berminat untuk menjual. 0173999913 trima kasih. Wed 2-Feb-2011 16:25
Posted by:Don
sy asal sarawak..selalunya klu ayah pergi berburu dpt landak berat 6kg. daging landak sedap. suami sy yg asal johor tak perasan satu hari sy masak daging landak. bila dh habis mkn baru kasi tau kat dia..hehe..katanya rasa ayam Tue 22-Mar-2011 14:56
Posted by:mrs.faizalriza  - [Link]
sye brminat dgn mternak landak
tlong hubung sye -0173624036
Tue 29-Mar-2011 15:13
Posted by:muhd farid
segera ye pak cik
Tue 29-Mar-2011 15:16
Posted by:muhd farid
http://www.coachhandbagssalesonline.com coach handbags outlet
http://www.coachhandbagssalesonline.com/coach-handbags-coach-patchwork-purse-c-65_78.html Coach Patchwork Purse
http://www.coachhandbagssalesonline.com/coach-handbags-coach-carly-bags-c-65_79.html Coach Carly Bags
http://www.coachhandbagssalesonline.com/coach-handbags-coach-ergo-bags-c-65_80.html Coach Ergo Bags
Mon 4-Apr-2011 15:36
Posted by:coach handbags outlet  - [Link]
harga induk landak perekor brp?????????? Sun 10-Apr-2011 06:24
Posted by:faj rie
harga induk landak perekor brp?????????? Sun 10-Apr-2011 06:25
Posted by:faj rie
http://www.beatsbydrdresale.com fashionable beats by dre
http://www.beatsbydrdresale.com wholesale beats headphones
http://www.beatsbydrdresale.com discount beats by dre
http://www.beatsbydrdresale.com cheap beats by dre studi
Sat 23-Apr-2011 06:44
Posted by:dr dre headphones,beats by dr dr  - [Link]
sy berminat untuk jd pembekal daging landak....tolong msj sy no phone tuan atau hubungi sy (wahab) 017-2579790..trima kasih atas perhatian tuan
Thu 28-Apr-2011 16:00
Posted by:ab wahab b mohamed
[url=http://www.gucci-shoes-wholesale.com/]gucci hobo handbags[/url]
[url=http://www.gucci-shoes-wholesale.com/]Gucci men shirts[/url]
[url=http://www.gucci-shoes-wholesale.com/]Gucci Jeans[/url]
[url=http://www.gucci-shoes-wholesale.com/]gucci shirt[/url]

Mon 2-May-2011 07:25
Posted by:Mens Gucci shoes  - [Link]
tahniah..en takurin sekeluarga......
saya sebenarnya sudah lama berminat memelihara landak ini..
minat bermula bila saya mebela landak padi untuk di jadikan tarikan @ macam ayam serama kecil dan kiub
bagaimana saya nak dapatkan landak ini
Tue 3-May-2011 06:36
Posted by:rashid gunung stong,kelantan
: ass wr wb'pak cik numpang nimbrung nih awak dari indonesia pulau'jawa paling ujung timur pengen ternak landak apa saja kendalanya mengenai pakan,penyakitnya, apakah landak bisa di ternak di daerah pegunungan terima kasih wassalam mobile +6281237519240 amail awak pacerut@gmail.com Wed 11-May-2011 08:38
Posted by:sugiarto qudus
dulu bapak aku pernah bela landak ni,kejap je jinak dan beranak.boleh usap2 macam kucing.tp sebab xde permit utk bela,bapak aku lepaskan balik.ada sesape boleh bantu macamana nak apply permit untuk menternak landak ni Tue 12-Jul-2011 09:27
Posted by:wan
dimanakah saya dapat membeli landak ini untuk di ternak......?????
Sat 16-Jul-2011 12:32
Posted by:zaidi
assalam.. perrrrgghh daging landak terbaekk mercik tapi kalau yg dibela belum rasa
Mon 18-Jul-2011 18:19
Posted by:hokabe
Kalau ada kawan nak kongsi buat perojek ternak landak saya amat berminat.
Saya tinggal di Shah Alam, dah tak bekerja . Saya bolih dihubungi 016-6815275 - Aziz
Tue 7-Feb-2012 14:56
Posted by:Aziz bin Yaakop
saya berminat untuk ternak landak.tetapi tak tahu nak dapatkan induk dari mana..kepada penternak yang sudah berjaya dan ingin membantu saya dalam menternak serta menjual daging landak...sila hubungi En.khairi{0145224546} Tue 14-Feb-2012 05:02
Posted by:anuar


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com