I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  494  495  496  [497]  498  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-Sep-2006 02:01 Email | Share | | Bookmark
NASIB MALANG TEMEKONG

NASIB MALANG TEMEKONG
NASIB MALANG TEMEKONG
Awas masa menjala. Elakkan tempat banyak ikan temekong.Ikan ini biasanya dalam kumpulan. Kalau kena memang nasib malang. Pertama ikan ini jarang orang makan (tetapi saya dengar orang di Thailand suka ikan ini). Kedua memang susah nak buang dari jala. Ia melekat kuat pada jala dan sengatnya berbisa - tak tidur malam kalau kena.


Monday, 11-Sep-2006 03:15 Email | Share | | Bookmark
MENJALA IKAN DARAT

HARUAN
KELI
LAMPAM
Menjala ikan adalah satu aktiviti riadah yang menguntungkan. Disamping ikan yang diperolehi badan kita berpeluh kerana banyak berjalan. Yang menyeronokkan bila dapat ikan. Bayangkan bila jala ditebar terasa gegaran yang ikan telah terperangkap, kita tarik jala perlahan-lahan dan YES ikan dapat dinaikkan. Hari minggu lepas saya menjala diparit sawah. Saya pilih kawasan dimana air sawah mengalir masuk dalam parit. Banyak anak-anak ikan kecil berlompatan disitu. Disinilah berhimpunnya ikan-ikan sawah seperti haruan, keli dan lampam. Tebar - Tentu tak menghampakan. ENJOY CATCHING AND ENJOY FILLING YOUR STOMACH. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Hasil menjala selama 3 jam (7.30 pagi - 10.30 pagi) pada 10 September 2006 adalah seperti 3 gambar berlampir.


Tuesday, 5-Sep-2006 00:55 Email | Share | | Bookmark
IKAN TASIK

TASIK BANDING
TOMAN
KALUI
Tasik Banding merupakan satu destinasi untuk rekreasi dan memancing. Kalau nak rasa ikan tasik - boleh beli disini. Saya dah rasa. Kalui isinya manis. Isi toman keras - tak boleh lawan ikan haruan.


Monday, 4-Sep-2006 01:12 Email | Share | | Bookmark
IKAN DARAT

PUYU
KELI
HARUAN
View all 6 photos...
Pancing ikan darat pun syok juga. Yang tak boring pancing puyu.Untuk perokok boleh kurangkan merokok kerana campak saja umpan terus disambar. Tak sempat bilang sepuluh. Ikan haruan pula cukup exciting kerana makan menyambar. Ikan yang tak makan umpan tu kita tebar jala saja la. Tetapi tak la sampai pakai pukat - tu dah masuk line komersial.


Friday, 1-Sep-2006 00:10 Email | Share | | Bookmark
SIAKAP

SIAKAP PUTIH
SIAKAP MERAH
SIAKAP PUTIH DAN MERAH
Kadang-kadang dapatlah juga siakap. Once in a blue moon.


[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  494  495  496  [497]  498  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net