I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  494  495  [496]  497  498  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Oct-2006 06:03 Email | Share | | Bookmark
BUNGA TELUR SIPUT

SIPUT
POKOK PADI
DALAM AIR
View all 5 photos...
Siput dulu orang makan. Sekarang bukan tak boleh makan - hanya khuatir dengan pencemaran.
Oleh kerana orang dah tak makan, siput kini bermaharajalela. Kalau pergi kawasan sawah dapat lihat siput buat show - flower show dengan telur berwarna merah. Didarat pun ada- dalam air pun ada.


Tuesday, 3-Oct-2006 07:06 Email | Share | | Bookmark
IBU DAN ANAK

BELIDA
IBU DAN ANAK
IBU DAN ANAK
Bulan puasa pergi menjala
Dapat 3 ekor Ikan Belida
(Orang Penang bilang Ikan Selat la)
Sayang nak goreng aku pun bela


Monday, 2-Oct-2006 07:46 Email | Share | | Bookmark
FISHERMAN TWIN TOWER

FISHERMAN TWIN TOWER
 
FISHERMAN TWIN TOWER
Bubu asalnya digunakan UNTUK memerangkap ikan . Kini ada yang beli untuk buat perhiasan - perangkap habuk dalam rumah. Sebelum bubu yang aku beli ini masuk kedalam parit atau sungai - aku abadikan untuk kalian dan aku namakan sebagai "FISHERMAN TWIN TOWER".


Wednesday, 27-Sep-2006 07:57 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT BERPUASA

PEKASAM
PEKASAM
Ikan pekasam boleh jadi pembuka selera waktu bersahur. Waktu berbuka puasa boleh juga.........
Tetapi jangan terlajak tambah nasi. Akibatnya tak pergi taraweh le.......
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT SEPANJANG RAMADHAN


Wednesday, 13-Sep-2006 07:15 Email | Share | | Bookmark
BANGAU OH BANGAU

BANGAU
Burung Bangau bukan spesies ikan. Bangau makan ikan. Manusia pun makan ikan. Tetapi bangau tak sama dengan manusia. Bangau tangkap ikan untuk makan.Tetapi tak semua manusia tangkap ikan untuk makan. Kesian ikan. Kesian bangau. Kesian manusia.






[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  494  495  [496]  497  498  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net