I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  494  [495]  496  497  498  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Oct-2006 01:23 Email | Share | | Bookmark
IKAN MAJLIS PERBANDARAN

CLEANING SERVICE IN PROGRESS
BATIK DESIGN
VACUUM CLEANER
Ikan ini terkenal majlis perbandaran atau cuci cermin. Allah SWT dah cipta ikan ini sebelum terciptanya "vacuum cleaner". Pembuat batik pun boleh dapat ilham dari corak badannya. Masukkan seekor dua dalam akuarium pencucian cermin ditanggung beres.


Monday, 16-Oct-2006 01:09 Email | Share | | Bookmark
IKAN BULAN

MOON FISH
BULAN&LAMPAM
IKAN BULAN
BULAN Puasa dah nak habis.BULAN Syawal akan menjelang.Dalam posting ini saya paparkan gambar IKAN BULAN. Ikan ini hidup dikawasan air payau, dalam parit berhampiran dengan laut. Isinya banyak tulang.Tak tau le kenapa dipanggil IKAN BULAN. Badannya panjang dan tak bulat macam BULAN pun. Saya cuba bela dalam akuarium air tawar. Hayat dia tak lama. Tak sampai seminggu dah gol.


Friday, 13-Oct-2006 00:17 Email | Share | | Bookmark
TELUR HARUAN

REZEKI UNTUK BERBUKA PUASA
HARUAN BARU DIBESIANG
HARUAN BERTELUR
Telur ikan haruan tak perlu resepi spesial. Goreng dah cukup. BEREBUT!


Thursday, 12-Oct-2006 00:27 Email | Share | | Bookmark
KETAM SAWAH

SATU KETAM
DUA KETAM
TIGA KETAM
View all 5 photos...
Kadang-kadang ketam sawah ada juga tersangkut bila menjala dikawasan parit sawah. Dikirakan memang boleh dimakan tetapi bila ada banyak pilihan lain saya tak pernah lihat orang mengambil ketam tersebut untuk dibuat lauk. Ketam ini memang musuh kepada pesawah kerana ia mengorek lubang dibatas sawah. Air sawah mengalir akan keluar dan susah ditakung.


Wednesday, 11-Oct-2006 02:25 Email | Share | | Bookmark
CERITA SIPUT

SIPUT JANTAN & BETINA
YANG BETINA BERTELUR
SIPUT GONDANG EMAS
Saya masukkan gambar siput yang baru kerana gambar dalam posting yang dulu kurang jelas. Siput betina biasanya lebih besar dari siput jantan. Kalau dipijak nampak ada telur kemerahan. Confirm siput betina.

Ini satu cerita tentang siput. Dalam satu persidangan dikalangan haiwan untuk mengenalpasti makhluk yang paling bahaya didunia ini berbagai-bagai jawapan telah disenaraikan. Termasuk dalam senarai adalah gajah, singa. harimau, ular, buaya dan lain-lain.

Tiba-tiba sang siput membangkang. Semua yang tersenarai itu katanya tidak begitu bahaya. Apabila ditanya apakah makhluk yang paling merbahaya ? Sang siput dengan tegas menjawab -MANUSIA. Haiwan lain semuanya tercengang dan berkata mustahil. Sang siput segera menjawab - Kamu semua tidak percaya. Kalau kamu nak tahu makhluk jenis manusia inilah yang paling bahaya dan kami takuti. Habis semua punggung-punggung kami dihisap oleh mereka.

(Untuk makluman orang2 yang tidak pernah makan siput - punggung siput dipotong dahulu sebelum dimasak. Waktu makan untuk mengeluarkan isi siput, punggungnya dihisap dahulu untuk memudahkan isinya dikeluarkan melalui sedutan kedua melalui mulutnya)



[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  494  [495]  496  497  498  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net