I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  [494]  495  496  497  498  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Nov-2006 00:30 Email | Share | | Bookmark
TILAN KETUTU BELIDA

MASJID NISAN SATU
TILAN
BELIDA
View all 5 photos...
Rakan teman ajak teman menemani rakan teman ke Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Perak.Masjid terbut ada satu keistimewaan dimana ada sebatang batu nisan berada dalam masjid.
Ada sesiapa yang tahu sejarahnya ?

Dalam perjalanan menyusuri Sungai Perak teman ternampak 2 orang anak beranak sedang memancing. Teman jenguk ikan apa yang dema dah dapat dan rakamkan untuk pelayar fotopages. Ikan yang teman rakamkan adalah Tilan, Ketutu dan Belida.


Monday, 30-Oct-2006 04:33 Email | Share | | Bookmark
SIPUT MENARIK

DORMANT
ACTIVE
SIAPA TAHU SIPUT APA?
Siput ini saya dapat semasa menjala di parit sawah. Hanya dapat sebiji saja. Namanya saya tak tahu. Kulitnya tebal. Boleh sesiapa identify ?


Friday, 20-Oct-2006 00:55 Email | Share | | Bookmark
SIAKAP GELAMA IKAN DURI

SIAKAP
GELAMA
IKAN DURI
View all 4 photos...
SIAKAP GELAMA IKAN DURI
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

PEMANCING DAN NELAYAN TURUT BERCUTI
KALAU LEPAS RAYA HARGA IKAN MAHAL JANGANLAH DIMARAHI

DATANG KERUMAH SAYA BERI SEORANG SEEKOR IKAN PUYU BALIK BELA
PANJANG UMUR INSYAALLAH KITA BERJUMPA LAGI SELEPAS HARI RAYA


Thursday, 19-Oct-2006 00:22 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

KAMI AKAN ZIARAH BANYAK TEMPAT
KAMI NAK JUMPA SAMY VELLU
AMBO KELIK NARATHIWAT
Pemancing Ikan dan ikan-ikan semua mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua kenalan serta seluruh muslimin muslimat mukminin dan mukminat terutamanya warga dan pelayar fotopages. MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKAN-IKAN ADA ACARA MASING-MASING
Ikan Sepat akan beraya di Kedah dan Siam (Narathiwat).
Ikan Todak akan pergi ke Singapura.
Ikan Selat akan balik ke Melaka dan Tebrau
Ikan Toman kan beraya di Pulau Tioman
Ikan Selayang akan balik ke Selangor
Ikan Seluang akan balik ke Sungai Seluang, Kulim Kedah
Ikan Pari akan pulang ke Tanjong Pari Perak

Ikan Puyu akan berziarah banyak tempat
KAMPUNG GELUNG PUYU, PERAK
KAMPUNG KUBANG PUYU, PULAU PINANG
KAMPUNG KUBANG PUYU, PAHANG
KAMPUNG KUBANG PUYU, TERENGGANU
KAMPONG BAROH KUBANG PUYU, TERENGGANU
KAMPONG LUBOK PUYU, KUANTAN PAHANG
KAMPONG PAYA PUYU, TEMERLOH, PAHANG
PEKAN SUNGAI PUYU, BUTTERWORTH
JALAN PUYU, TAMAN SERI TENGGARA, PARIT BUNTAR, PERAK
JALAN PUYU,TAMAN WIRA, MERGONG ALOR SETAR
TAMAN SRI PUYU, JLN. SULTANAH SAMBUNGAN, ALOR STAR KEDAH
TAMAN PUYU,OFF JALAN BESERAH,25300 KUANTAN,PAHANG

Ikan Temenung akan bersedih kerana tak dapat balik raya
Ikan Kerapu akan terus merapu

Ketam akan pergi Ke Pulau Ketam
Siput akan kembali ke Sungai Siput - Celebrate Deepavali dan Raya


Wednesday, 18-Oct-2006 00:48 Email | Share | | Bookmark
ULAR GUNI BURUK

AWAS BILA MENGAGAU IKAN
AKU JUGA MAKAN IKAN
ULAR GUNI BURUK
Hidup didunia ini mesti ada competitor. Apa yang kita suka ada orang lain pun suka. Kita makan ikan -ada makhluk lain juga makan ikan.Tetapi jangan sekat atau ceroboh rezeki orang sudahlah. Ular guni buruk ini telah menceroboh bubu yang saya tahan untuk makan ikan yang saya perangkap. Atau pun adakah saya telah menceroboh habitat dia dan cuba mencuri makanan dia?


[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  493  [494]  495  496  497  498  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net