I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  [493]  494  495  496  497  498  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Nov-2006 03:59 Email | Share | | Bookmark
IKAN TUNA GERGASI DI PAMIRAN MAHA

IKAN TUNA
PAMIRAN MAHA
IKAN TUNA atau IKAN KAYU atau IKAN MAMBU atau IKAN AYE

Scientific classification:
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Scombridae
Genus: Thunnus




Tuesday, 21-Nov-2006 01:13 Email | Share | | Bookmark
PUYU PATUNG

IKAN KEREH
PUYU PATUNG
KEREH@PUYU PATUNG
IKAN KEREH juga dikenali sebagai PUYU PATUNG. Cantik kalau dibuat ikan hiasan.


Monday, 20-Nov-2006 08:13 Email | Share | | Bookmark
SIPUT KEMUDI

SIPUT KEMUDI
SIPUT KEMUDI
SIPUT KEMUDI
View all 5 photos...
SIPUT KEMUDI bentuknya macam layar kapal.Isinya manis walaupun direbus begitu saja.Boleh juga digoreng atau buat gulai @kari. Harganya dikawasan Pulau Pinang lebih kurang RM1 setiap satu mengikut saiz. Minggu lepas saya beli 14 siput dengan harga RM10. Kata penjualnya dapat supply dari Pantai Merdeka Kedah. Dikawasan Simpang Empat Seberang Perai Selatan biasanya ada dijual ditepi jalan raya.


Friday, 17-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
LELAKI TINGGI 8 KAKI 4 INCI

LELAKI TINGGI
WARGA PAKISTAN
8 KAKI 4 INCI
Hari ini PEMANCING IKAN tak buat entry tentang ikan atau benda yang hidup dalam air. PEMANCING IKAN terjumpa lelaki Pakistan yang tingginya 8 kaki 4 inci. Badannya agak kurus melampai. Gambar ini dirakamkan di BUKIT BINTANG KL pada 15 November 2006. Ada hamba Allah yang ambil kesempatan bawa dia masuk Malaysia untuk tujuan komersial. Siapa yang ingin bergambar dengannya kena bayar RM15. Murah rezeki hamba Allah tersebut.Berapa banyak yang sitinggi lampai ini dapat WALLAHUAKLAM.


Thursday, 9-Nov-2006 05:54 Email | Share | | Bookmark
LINTAH - MUSUH DAN KAWAN

ADA KETIKA MUSUH
ADA KETIKA SAHABAT
JANGAN TENGOK KALAU GELI
LINTAH adalah perkataan yang popular dalam masyarakat kita. Ada LINTAH DARAT yang pada masakini ditukarkan kepada istilah ALONG - peminjam wang yang mencekik darah. Sememang pun LINTAH menghisap darah. Sesiapa yang masuk dalam sungai, parit atau petak sawah sering menjadi mangsa LINTAH yang sentiasa mencari kaki atau betis untuk sumber darahnya.Sesiapa yang takut lintah jangan masuk dalam air (Pada pemancing-pemancing ikan dah sebati dah). Tetapi di darat pun ada musuh yang sama - makhluk yang kecil sedikit yang kita panggil PACAT. Tetapi pada zaman ini ada kaedah perubatan yang sengaja menggunakan LINTAH untuk mengisap darah keluar sebagai merawat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain. Kalau dibincangkan dari segi logik masuk akal juga.Orang tua kita dahulu pernah menggunakan kaedah BEKAM - membuang darah keluar dengan tanduk. Lagi pun bila lintah menggigit kita lambat juga darah untuk berhenti mengalir. Mungkin bahan yang ada dalam badan lintah ini mempunyai fungsi yang dapat mengelak darah menjadi beku dan jesteru itu mengelakkan dari penyakit jantung atau STROKE. Untuk orang lelaki pula mungkin ramai yang pernah melihat tukang ubat ditepi jalan menjual MINYAK LINTAH GUNUNG. Kegunaannya lebih untuk kebahagiaan kepada kaum wanita. Mujarab kah ? Entahlah! Tetapi kalau tak ada angin mana mungkin pokok bergoyang.


[<<  <  484  485  486  487  488  489  490  491  492  [493]  494  495  496  497  498  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net