I SEE I SNAP I SHARE

By: Pemancing Ikan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  480  481  482  483  484  485  486  [487]  488  489  490  491  492  493  494  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 14-Feb-2007 08:39 Email | Share | | Bookmark
MENGUMPAT

 
Dosa mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Dipetik: Suara Persatuan Ulama Online


Wednesday, 14-Feb-2007 06:31 Email | Share | | Bookmark
MENGUMPAT GHIBAH BACKBITING

 
Prophet Muhammad said :"Do you know what backbiting is?" They said, "God and His Messenger know best." He then said, "It is to say something about your brother that he would dislike." Someone asked him, "But what if what I say is true?" The Messenger of God said, "If what you say about him is true, you are backbiting him, but if it is not true then you have slandered him." (Muslim)

I asked the Messenger of God : Who is the best Muslim? The Messenger of God replied, "He is the one from whom Muslims are safe from the evil of his tongue and hands." (Muslim)
sumber: http://www.islamawareness.net/Backbiting/perspective.html



Monday, 12-Feb-2007 00:07 Email | Share | | Bookmark
PADI

 


Thursday, 8-Feb-2007 03:44 Email | Share | | Bookmark
IQRA'

 
 
PREMIS:

KITA MENGAKUI AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP
KITA AKAN DISOAL DIDALAM KUBUR - MA KITABUKA?

PERSEDIAAN
Kita perlu habiskan membaca Al-Quran dan faham maknanya.
Kini banyak terjemahan dalam pelbagai bahasa
Dalam internet pun banyak

CABARAN
Waktu kita belajar - berapa tebal buku yang kita telah rujuk
Al-Quran yang kita sanjung ada lebih kurang 604 muka surat sahaja (6236 ayat)

CARA
1.Kalau nak habiskan 1 tahun kita perlu baca sekurang2nya 18 ayat atau 1.65 mukasurat sehari.
2.Kalau nak habiskan 2 tahun kita perlu baca sekurang2nya 9 ayat atau 0.83 mukasurat sehari.
3.Kalau nak habiskan 3 tahun kita perlu baca sekurang2nya 6 ayat atau 0.66 mukasurat sehari.
4.Kalau nak habiskan 4 tahun kita perlu baca sekurang2nya 5 ayat atau 0.41 mukasurat sehari.
5.Kalau nak habiskan 5 tahun kita perlu baca sekurang2nya 4 ayat atau 0.33 mukasurat sehari.

PERINGATAN INI TERUTAMANYA UNTUK DIRIKU - BILA NAK HABIS NI ?
SET TARGET MEMANG SENANG
PENCAPAIAN - TAK CAPAI2 LAGI



Wednesday, 7-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
AYAT HARI INI - AL-ZALZALAH

 
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

7. Maka siapa membuat kebajikan seberat zarah, niscaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

8. Dan siapa berbuat kejahatan seberat zarah, niscaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)





[<<  <  480  481  482  483  484  485  486  [487]  488  489  490  491  492  493  494  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net