Want your
own Fotopage?







 
I SEE I SNAP I SHARE

By: PEMANCING IKAN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Feb-2010 21:17 Email | Share | | Bookmark
LAMA DAN BARU

 
 
 
MODEN SEIRING DENGAN TRADISIONAL



>> sama sama perlu bergandingan...
>> kalau tiada yang lama maka tidak akan ada yang baru...
Tue 9-Feb-2010 16:16
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Tak ada yg lama, tak ada yg baru.....tetap mantap bila bergandingan spt di atas Wed 10-Feb-2010 05:05
Posted by:Yati  - [Link]
fitrah hidup memang cam tulah bro.... Wed 10-Feb-2010 06:53
Posted by:siti hawa
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 9-Feb-2010 12:40 Email | Share | | Bookmark
RUMAH BESAR DITEPI SAWAH

 
 
 
 
 
 
View all 27 photos...
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."
(H/R Bukhari, Tirmidzi dan an-Nasaii)






sapa kata jadi petani/pesawah tak boleh hidup senang (tapi.. betul ker sawah tu milik tuan punya rumah besar tu.. Tue 9-Feb-2010 05:42
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
From what time to take all the shots???
Simply wonderful......masyaAllah.....
Tue 9-Feb-2010 14:54
Posted by:mysheila sheilarusila@live.com  - [Link]
Cantik kawasan situ, tapi waktu malam mesti sunyi sepi kan? Wed 10-Feb-2010 09:27
Posted by:Mummy jam  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 8-Feb-2010 00:41 Email | Share | | Bookmark
ARCA KOMTAR

 
 
 


bagunan ringgit ke ni....$$ Sun 7-Feb-2010 14:15
Posted by:AbahAlong  - [Link]
Cantik tu. Mon 8-Feb-2010 02:17
Posted by:Yati  - [Link]
Bangunan ape ni , bank ke? Mon 8-Feb-2010 04:28
Posted by:Mummy jam  - [Link]
Add comment


Sunday, 7-Feb-2010 18:21 Email | Share | | Bookmark
5S

 
 
 
TERNAMPAK BANNER DAN UKIRAN INI DIBANGUNAN PERSEKUTUAN JALAN ANSON PULAU PINANG


Quote:
5S” (Bahasa Jepun) bermaksud :-
SEIRI – simpan apa yang perlu sahaja, asingkan dan buang yang benar-benar tidak perlu, i.e permudahkan.
SEITON – mengaturkan lokasi untuk semua, i.e susun.
SEISO – utamakan kebersihan, i.e kebersihan.
SEIKETSU – melaksanakan Seiri, Seiton dan Seiso seluruh organisasi, i.e piawaian.
SHITSUKE – memastikan bahawa setiap orang patuh peraturan-peraturan 5S, i.e mematuhi

bahasa apa tu bro- ada dalam kamus dewan ke... Sat 6-Feb-2010 12:35
Posted by:sitihawa  - [Link]
>> yg ini kalau tak silap saya konsep management yang diamalkan jepun...
>> banyak jabatan kerajaan yang dah gunapakai...
Sat 6-Feb-2010 15:33
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Allah menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa yang memliki wajah dan jasmani yang berbeza-beza di antara mereka sesama bangsa dan juga di antara bangsa-bangsa yang lain, orang Melayu berbeza fizikalnya dengan orang Cina, India, Siam, Arab dan lain-lain. Orang Melayu sesama Melayu pula berbeza wajahnya sesama mereka, walapun berasal dari satu bangsa, demikian juga dengan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja wajah atau muka malah suara, bahasa yang digunakan, makanan, pakaian dan lain-lain aspek pun berbeza, semuanya ini adalah untuk menyenangkan manusia berkenalan sesama mereka. Kalau wajah dan warnanya serupa tentulah menyusahkan mereka mengenali di antara satu sama lain yang sama-sama hidup di dalam masyarakat yang begitu besar .Inilah Maha Bijaksananya Maha Pencipta iaitu Allah Tuhan sekalian alam .

Allah menyatakan dan menegaskan bahawa yang paling utama dan mulia ialah orang yang bertaqwa, Islam adalah ajaran yang membawa manusia ke arah tersebut, manusia perlu menghayati ajaran Islam bagi menguruskan diri mereka dan menangani perbezaan-perbezaan yang disebutkan di atas.

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Surah Az.Zumar ( ayat 23 )

Melayu, Arab, Cina, India dan lain-lain tidak akan hilang identitinya, adat dan budaya akan terserap dengan sendirinya di dalam budaya Islam.Islam hendaklah dijadikan payung besar bagi melindungi semua bangsa di dunia ini dan bangsa sudah tentulah merasai bahagia berada di bawahnya.

Sun 7-Feb-2010 08:35
Posted by:hambaALLAH
Add comment


Saturday, 6-Feb-2010 12:40 Email | Share | | Bookmark
KINGFISHER

 
 
 
View all 6 photos...
KINGFISHER MASUK KELAS MEMANDU






“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas? Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah SWT, Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT bagi orang yang beriman” (Surah al-Nahl:79)

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( َأَلمْ تَرَ َ كيْفَ َفعَ َ ل رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ ( 1
1. Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tenteratentera
Bergajah?

( َأَلمْ يَجْعَ ْ ل َ كيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ ( 2
2. Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan
kesesatan (kegagalan)?

( وََأرْسَ َ ل عََليْهِمْ َ طيْرًا َأبَابِي َ ل ( 3
3. Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang
terbang berpasukan-pasukan.

( تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ ( 4
4. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal.

( َفجَعََلهُمْ َ كعَصْفٍ مَّْأ ُ كولٍ ( 5
5. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang
dimakan ulat.
Fri 5-Feb-2010 12:58
Posted by:hambaALLAH
subhanallah.. Fri 5-Feb-2010 23:27
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Add comment


Friday, 5-Feb-2010 05:04 Email | Share | | Bookmark
MASJID KAPITAN KELING PULAU PINANG

 
 
 
View all 9 photos...
IT'S FRIDAY @ YAUMUL JUMAAH AGAIN






tgk gambar masjid pun dh rasa tenang setenangnya...
tp nape jarang sgt nk masuk...
Fri 5-Feb-2010 02:47
Posted by:nuanza  - [Link]
cantik masjid nie... Fri 5-Feb-2010 05:53
Posted by:nurul  - [Link]
LAMER X JENGUK PAKCIK P.I,,,SIHATT KAA PAKCIK...KEM SALAM KAT MAKCIK YERKK...LAWOO LER MASJID NIEE Fri 5-Feb-2010 07:43
Posted by:aZuRieNa NoRaSH  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 4-Feb-2010 13:17 Email | Share | | Bookmark
INAI

 
 
 
View all 5 photos...
JARI DIINAI BILA MAHU MELANGKAH GERBANG PERKAHWINAN
RAMBUT DIINAI UNTUK BAYANGAN MASIH MUDA






First time tenguk bunga inai. Wed 3-Feb-2010 23:11
Posted by:Yati  - [Link]
pokok inai la..... lama tak tengok pokok ni....
skrg time2 orang kawin.. dah tak cari dah daun inai ni...
tapi time saya dulu.... hmmmm daun inai ni la... ade yg tukang tumbuknyer...
tukang pakainyer... hehehehehehe dah bertahun2 tak pakai inai...
Thu 4-Feb-2010 03:24
Posted by:Jassnani  - [Link]
Sekarang orang tak cari pokok inai, orang cari inai serbok yang sudah di commercial kan, tak payah nak susah2 giling lagi! Thu 4-Feb-2010 05:43
Posted by:Mummy jam  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 3-Feb-2010 12:55 Email | Share | | Bookmark
BUNGA

 
 
SIRAMI DENGAN AIR KASIH
BELAILAH DENGAN BAJA IKHLAS
AKAN AKU BERBUNGA SAYANG



fuhhhh... romantika di amor betul la ungkapan tu...
tangkap leleh woo....
Wed 3-Feb-2010 07:13
Posted by:Jassnani  - [Link]

SIRAMI DENGAN AIR KASIH
BELAILAH DENGAN BAJA IKHLAS
AKAN AKU BERBUNGA SAYANG

BUNGA IBARAT WANITA YANG PERLU DI SIRAM DAN DI BAJA SEPERTI KATA PENULIS

Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.

Dalam masyarakat tradisional, peranan para suami dan bapa diletakkan sebagai penyara nafkah rumah tangga, manakala para isteri dan ibu pula berperanan sebagai suri rumah tangga. Kini keadaan masyarakat sudah berubah. Pada realitinya sekarang, ramai para suami, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak lagi memainkan peranan sebagai penyara nafkah yang tunggal dalam keluarganya, dan ramai para isteri tidak lagi memainkan peranan sebagai suri rumah sahaja. Sebaliknya, ramai isi rumah golongan sederhana kini bergantung kepada sumbangan kewangan daripada pasangan suami isteri kedua-duanya.

Dalam konteks kehidupan masa kini di mana kedua-dua pasangan bekerja di luar rumah untuk menyara keluarga, masyarakat harus menilai kembali hak dan tanggungjawab suami isteri. Yakni satu penilaian yang mengimbangkan hak dan tanggungjawab masing-masing kerana ajaran Islam menganjurkan keharmonian, kesaksamaan dan keadilan dalam hubungan keluarga. Sepertimana firman Allah dalam Surah an-Nisa 4:19: "Hai orang-orang yang beriman … bergaullah kamu (para suami) dengan mereka (para isteri kamu) dengan cara yang baik". Dan lagi dalam Surah al-Baqarah 2:187, "mereka (istermu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka." Melalui ungkapan-ungkapan ini al-Quran jelas menekankan keharmonian material dan moral kehidupan berkeluarga.

Ini merupakan suatu cabaran masakini yang perlu dihadapi dengan kefahaman dan tindakan yang sewajarnya. Kurangnya kefahaman mengenai asas hubungan suami isteri telah membebankan pihak isteri dalam keadaan realiti masakini. Adalah tidak adil jika suami mempunyai jangkaan dan tuntutan yang tidak realistik dan bertimbang rasa - di samping isteri bekerja di luar rumah untuk membantu kewangan keluarga, isteri juga perlu membuat semua kerja rumah, mendidik anak, berdandan rapi dan bersedia untuk memuaskan suami di dalam kamar pada setiap masa. Sebaliknya suami membantu isteri membuat kerja rumah bukanlah sesuatu yang janggal atau bertentangan dengan ajaran agama. Malah ia adalah mengikut Sunnah Rasulallah (s.a.w) yang mana riwayat menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri membantu isteri membuat kerja rumah termasuk menjahit dan membasuh baju, walaupun baginda adalah Rasulullah (s.a.w) dan juga memegang peranan sebagai ketua pentadbir negara di Madinah.

Keluarga bahagia dibina berteraskan sifat-sifat kasih sayang, tolak-ansur, timbang-rasa dan saling hormat-menghormati. Kemusykilan dan masalah yang timbul di dalam keluarga haruslah diselesaikan dengan berbincang untuk mencapai persefahaman. Bak kata pepatah, lidah dan gigi lagikan tergigit. Apabila tergigit, berundinglah secara rasional dan terbuka supaya keputusan tidak berat sebelah dan mencemarkan kasih sayang.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kera
Wed 3-Feb-2010 12:15
Posted by:hambaALLAH
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah". Pasangan yang berkahwin bukan sahaja pemegang amanah Allah tetapi juga pemegang amanah keluarga yang telah merestui perkahwinan mereka dan amanah pasangannya yang telah memilihnya sebagai teman hidup. Wed 3-Feb-2010 12:19
Posted by:hambaALLAH
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 2-Feb-2010 05:04 Email | Share | | Bookmark
SENJA ATAS FERI

 
 
 
View all 6 photos...
KEHIDUPAN INI SATU PERJALANAN
ADA DESTINASI PERLU DITUJU
ADA TUGAS PERLU DILANGSAI
ADA TANGGUNGJAWAB MESTI DIJAWAB






indahnya pemandangan...senja hari di jetti...memukau mata memandang.. Mon 1-Feb-2010 14:41
Posted by:Zana  - [Link]
hish lawa nya gambar2 ni pak cik oii...tak berkelip mata ct melihat nya Tue 2-Feb-2010 11:00
Posted by:siti azlina (cinta) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
Al-Quran dengan kata-kata yang jelas menyatakan bahawa seorang dari hamba-hamba Tuhan telah melihat Matahari terbenam ke dalam suatu 'mata air yang berlumpur hitam' dan di situ pula dia terjumpa dengan sekumpulan manusia. Ayatnya seperti berikut:

"Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam Matahari, didapatinya matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam. Di sana didapatinya satu kaum. Kami berkata : Hai, Zul'karnain, adakalanya engkau siksa (kaum yang kafir itu) atau engkau perlihatkan kepada mereka kebaikan..."

Surah al-Kahfi 18 ayat 86

Adakah Matahari itu sebenarnya terbenam kedalam sebuah mata air yang berlumpur hitam? Menurut nas al-Quran di atas nampaknya begitulah hakikatnya. Apakah ini satu salah-tafsiran atau satu "tafsiran khayalan" saja? Untuk mengelak dari apa-apa salah fahaman mengenainya marilah merujuk kepada sumber-sumber Islam yang sahih yaitu daripada para ilmuwan dan ulamak-ulamak yang berwibawa.

Rujukan-rujukan semuanya diambil daripada al-Baidawi, Jalalayn dan Zamakh-shari dan akan kaji sejauh manakah tafsiran di atas telah diterima oleh umat Islam selama ini. Didapati bahwa semua para ilmuwan tersebut menyetujui tafsiran ini! Mereka mengesahkan bahawa para sahabat Nabi telah menyoal Nabi Muhammad tentang terbenamnya matahari dan jawapan di ataslah yang telah diberikannya. Al-Zamakhshari menyatakan dalam Bukunya Al-Kash-shaf :

"Abu Dharr (salah seorang pengikut rapat Muhammad) telah ditanya oleh Nabi Muhammad semasa matahari terbenam, Muhammad bertanyakannya: 'Tahukah kamu,ya Abu Dharr, dimanakah terbenamnya matahari ini?' Dia menjawab:'Tuhan dan rasulNya akan lebih tahu.' Muhammad berkata: 'Ia terbenam ke dalam mata air yang berlendir.'"

Al-Kash-shaf, Jilid 2, Edisi 3, 1987,ms.743

KEHIDUPAN INI SATU PERJALANAN
ADA DESTINASI PERLU DITUJU
ADA TUGAS PERLU DILANGSAI
ADA TANGGUNGJAWAB MESTI DIJAWAB

Hari akhirat, hari setelah kematian yang wajib diyakini kebenarannya oleh setiap orang yang beriman kepada Allah ta’ala dan kebenaran agama-Nya. Hari itulah hari pembalasan semua amal perbuatan manusia, hari perhitungan yang sempurna, hari ditampakkannya semua perbuatan yang tersembunyi sewaktu di dunia, hari yang pada waktu itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata dengan penuh penyesalan.


يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini.” (Qs. Al Fajr: 24)

Maka seharusnya setiap muslim yang mementingkan keselamatan dirinya benar-benar memberikan perhatian besar dalam mempersiapkan diri dan mengumpulkan bekal untuk menghadapi hari yang kekal abadi ini. Karena pada hakikatnya, hari inilah masa depan dan hari esok manusia yang sesungguhnya, yang kedatangan hari tersebut sangat cepat seiring dengan cepat berlalunya usia manusia. Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Hasyr: 18)
Tue 2-Feb-2010 13:08
Posted by:insankerdil
Add comment


Monday, 1-Feb-2010 17:42 Email | Share | | Bookmark
TWO IN ONE

 
 
 
MEMANCING MELATIH ERTI KESABARAN
DETIK PETANG UNTUK MERENUNG KEINDAHAN ALAM
KEPUNYAAN PENCIPTA KEPUNYAAN TUHAN
KITA MAKHLUK HANYA MEMINJAM
IMAN AMAL DAN IHSAN
JANGAN ADA TITIK PEMISAHAN
SOLAT JANGAN DIABAI KERANA BEBERAPA EKOR IKAN
PENCARIAN PUN BUKAN UNTUK DIMAKAN
HANYA MENGEJAR NAFSU KEPUASAN




ARTI KESABARAN ALL IN ONE

Mengimani qadha dan qadar termasuk salah satu rukun iman. Iman seorang muslim hanya dapat sempurna apabila ia mengetahui bahwa segala yang menimpanya tidak akan mungkin meleset. Dan segala yang meleset darinya tidak akan mengenainya. Juga bahwa segala sesuatu itu terjadi dengan takdir dan ketentuan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.." (Al-Qamar : 49)
Kesabaran dalam iman itu ibarat kepada pada tubuh. Kesabaran adalah sifat mulia, hasilnya juga terpuji. Orang-orang yang sabar akan mendapatkan pahala yang tidak terputus. Allah berfirman:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas." (Az-Zumar : 10)
Segala musibah dan cobaan yang terjadi di dunia, pada diri, harta, keluarga atau yang lainnya, semua itu sudah diketahui oleh Allah sebelum terjadi dan sudah Allah tuliskan pula dalam Al-lauh Al-Mahfuzh. Firman Allah:
"Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.." (Al-Hadid : 22)
Segala musibah yang menimpa manusia, maka itu merupakan kebaikan baginya, mungkin ia mengetahui mungkin juga tidak mengetahuinya. Karena Allah hanya menetapkan takdir yang lebih baik bagi orang tersebut. Sebagaimana firman Allah:
"Katakanlah:"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal". (At-Taubah : 51)

Sebagaimana firman Allah:
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali denga izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu…" (At-Taghaabun : 11

Begitu juga salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.
Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.
Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza, sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia. Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami isteri memutuskan untuk bercerai.
Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan. Orang yang menyayangi isteri atau su
Mon 1-Feb-2010 04:59
Posted by:insankerdil
Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".
Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;
" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "
QS Ibrahim : 7
Mon 1-Feb-2010 05:01
Posted by:insankerdil
2 in 1 yang menyeronokkan! Mon 1-Feb-2010 05:42
Posted by:Mummy jam  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.